Friday, August 28, 2015

KBBA Bloggers's Day Di Zoo Negara.

Hari Ahad lepas, pepagi lagi dah bangun siap siap bersemangat lain macam sebab inilah kali pertama saya nak join gathering bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Rasa melonjak lonjak je semangat ni. Kejut suami bangun. Kejut Muslim bangun. Kejut semua orang Shah Alam bangun. Ehhhh. Hehe.



Sampai sana jam 9.00 pagi, terus ke kaunter pendaftaran. First, saya di tegur oleh blogger Kak Sue. Peramah sangat orangnya! Dan saya jumpa pula dengan blogger Zatie, Helena dan ramai lagi. Firstime kot saya jumpa dengan semua blogger blogger ni, tapi bila bercakap macam dah lama kenal! Semuanya sangat sangat friendly!





Lepas daftar tu. kami bergambar ramai ramai. Event kali ni disertai lebih kurang 50 orang blogger bersama keluarga dari pelbagai negeri. Memanglah sangat meriah! Lagi meriah sebab dihadiri oleh anak anak blogger. Meriahhhhhh sangat!!!!


Ini group saya..Hornbill.. :)

Dah bergambar, kami di bahagikan kepada 2 kumpulan ; Hornbill dan Tiger. Saya dapat kumpulan Hornbill. Dan lepas tu, kami di bawa oleh pegawai khas dari pihak Zoo Negara sendiri ke setiap tempat di Zoo Negara. Seronok beronok ronokk. Sebab setiap kali berhenti tengok binatang-binatang, kami akan diberikan penerangan details tentang spesis haiwan tu. Yealah, biasa kalau pergi zoo, jalan sendiri sendiri. Kali ni ada orang bawak dan terangkan dengan details dari awal program sampai habis. Best sangat!!


Penerangan details tentang spesis haiwan-haiwan di situ oleh pihak Zoo Negara. Best!


Muslimlah paling eksaited. Mana taknya dapat tengok haiwan-haiwan yang bukan selalu dapat tengok live. Hehe.


Muslim cakap ni pah pah. Hihi.

Taman rama-rama yang sangat besar. Banyak sangat rama-rama.

Pertunjukkan dari binatang - binatang yang sangat bijak!



Group Hornbill. :)





Firstime jumpa. Biasa contact kat whatsapp saje. Sangat sangat peramah!





Muslimmmm...kamera sebelah sini...tu sengeh kat kamera orang lain tuu..Hihi


Acara kemuncak tentulah masa nak pergi tengok panda! Sebelum masuk tu, kami diberikan sedikit penerangan tentang panda. Korang tahu kan makanan utama panda apa? Tebu kan? Tapi yang specialnya sebab panda bukan makan tebu je. Tapi pihak Zoo Negara juga akan menyediakan juga makanan lain seperti epal, lobak merah dan kek panda. Kalau hari jadi mesti ada kek kan? So, specialnya masa Kelab Blogger Ben Ashaari yang pergi hari tu dapat tengok live panda Xing Xing sambut happy birthday to you yang ke-9 dan pihak Zoo Negara menyediakan kek panda untuk panda. Kek panda ni diperbuat daripada buluh, kacang soya, jagung, beras, telur dan ia akan di hias dengan cantik cantik oleh pihak Zoo Negara.


Xing Xing yang sangatttt comel!

Liang liang? Oh. Liang liang tak de time kitaorang pergi tu. Sebab dia masih dalam tempoh berpantang. Hihi. So dapat tengok Xing Xing je. Besar dan comeelllll sangat panda ni. Bilik panda duduk ni special taw! Penuh dengan aircond. Sejukk je. Dan sebelum kami masuk tu, kami diberikan beberapa peraturan khas yang perlu dipatuhi.

Antaranya:

  1. Tak boleh buat bising. Anak anak tak boleh buat bising apatah lagi mak ayah. Hihi. Sebab takot nanti panda terkejut lalu terkentut. Ehhh. Tapi memang kena shhh dan tak boleh buat bising.
  2. Boleh ambil gambar tapi NO FLASH.


Keluarga KBBA. :)

Program ni berakhir dalam pukul 3 petang lebih. Lagi best sebab lunch kami di sponsor oleh Wild Restaurant dan sebelum balik tu kami dapat goodie bag. Wahhhhhh happy sangat!!!

Terima kasih kepada semua sponsor yang menaja sepenuhnya untuk event ini! 

Antaranya:

Zoo Negara Malaysia, Zoo Negara Online Ticket, Wildlife, Cosmoderm, Food Panda dan Kelab Blogger Ben Ashaari.




7 comments:

MOMMYLIN said...

yang penting anak2 happy kan...

dyanzakhi said...

wah.. sonoknya.. :)

Eintan Nurfuzie said...

ramainyeeee... byk geng ben update moment si panda ni

safurara said...

eh eh, mcm dh komen entry ni, hehehe. btw x smpt nk snap pic dgn amalina.

Unknown said...

seronoknyaa nampak
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

emarieys said...

meriahnya...tak sempat nak join sebab baru join KBBA jer..

careno said...

Yg penting dpt luangkan masa dgn family dan kengkawan...