Thursday, March 6, 2014

Gelagat anak memang mencuit hati.

Sangat mencuit hati. Makin besar makin bijak. Makin besar makin comel. Macammmm maknya. Hakhak.

Alhamdulillah. Dah masuk bulan tiga ni Muslim akan genap setahun tiga bulan 180314 ni. Memang kejab sangat masa berlalu pergi. Rasa macam baru semalam sakit nak beranak.



Antara peel nya yang terlatest:

Suka tiru apa yang saya buat. Salah satunya petang petang saya suka makan biskut tiger cicah milo. Satu hari tu duk syok syok saya makan tetiba dia ambik sekeping biskut tiger cicah milo dalam gelas saya ngappp dia makan. Hahaha. Kelakar. Sampai habis satu keping biskut tu dia makan.

Kalau saya letak bedak kat tangan dia. Dia ambil sikit pakai jari terlunjuk pastu sapu sapu kat pipi saya.

"Wahhh. Gojesnyaa mama!! Muslim pakaikan bedak kat mama. Haha."

Muslim dan saya sama sama gelak. Kami sama sama comel. Haha.

Lagi satu sekarang ni dah reti nak pakai kasut sendiri. Bukan kasut dia. Tapi kasut keje bapaknya. Beria dia pakai. Hihi.

Lepas tu yang paling saya sukaaa sangat dia dah start pandai kejar saya. Kejar kejar pastu saya menyorok. Dia tercari cari kat mana saya. Saya panggil "Muslimmmm...". Dia melilau cari kat mana saya menyorok. Saya dah tergelak gelak. Saya kasi nampak sikit badan saya. Bila dia dah tahu saya menyorok kat situ tergelak gelak datang laju kat saya.

"Haaaahhhhh"

Saya melompat depan dia.

"Hakhakhak"

Muslim gelak besaw sampai keluar air liur.

Yang part saya tak laratnya dia kejar saya pakai kereta dia. Hihi. Kelakarrrr!

Lastttt sekali dia sangat sukaaaa kisssss saya.

"Cium mama cium mama"

Beria dia terus cium saya. Tersentuh hati saya sebagai maknya yang power biarpun penuh air liur Muslim melekat kat pipi hidung saya. Hihi.

Alhamdulillah atas anugerah ini. :)


No comments: