Friday, July 12, 2013

Suhu Muslim 38.6 celcius!

Assalamualaikum.

Semalam masa nak berbuka saya check suhu badan Muslim. Ya Allah! Tetiba je naik mendadak ke 38.3 celcius! Terus wasap suami yang masa tu baru ondaway balik dari kerja. Badan Muslim memang panas sangat sangat. Dia pun banyak merengek.

Dua hero saya. ;")


Lepas bukak puasa kami terus siap siap pergi klinik. Kami confius nak bawak Muslim ke klinik pakar kanak kanak atau Klinik Ajwa tempat biasa tak pun terus ke Poliklinik Shaik Kota Kemuning untuk ambik vaksin Penumococcal.

Last last kami buat keputusan pergi klinik Ajwa. Memang saya selesa dengan Klinik Ajwa ni. Cuma doktor selalu bertukar. Dan yang paling saya suka doktor perempuan sebab senang nak berkomunikasi sesama perempuan. Hihi.

Bila sampai turn. Kami masuk. Saya terus cakap kat doktor yang Muslim demam lagi. Doktor check rekod lama Muslim yang start demam first July hari tu.

"Dia tak baik baik demam since hari tu lagi ke?"

Soal doktor tu.

"Hari tu demam 3 hari pastu terus baik. Ni semalam dia start demam pulak. Tadi last saya check suhu Muslim 38.3"

Balas saya sambil mendukung Muslim.

Doktor tu terus ambik temperature. Di sumbatnya ke dalam telinga Muslim. Muslim dah start merengek.

"Suhu dia 38.6!!"

Terkejut saya dan suami mendengar suhu Muslim naik lagi.

Terus doktor tu macam kalut kalut sikit.

"Baringkan dia kejap kat sini"

Saya pun baringkan Muslim kat atas katil. Doktor tu cakap dia nak masukkan ubat demam ikut punggung Muslim. Ya Allah. Kesiannya Muslim. Menurut doktor tu biasanya baby kalau suhu badan dah 38 ke atas memang akan masukkan ubat ikut punggung.

Muslim menangis kuat. Sedih saya dan suami tengok.

Lepas masukkan ubat doktor tanya:

"Awak nak saya check darah dia tak?"

"Boleh jugak"

Balas saya.

Doktor ambik darah sikit kat tangan Muslim. Muslim menangis kuat sangat sangat.

Lepas ambik darah doktor suruh kami tunggu kat luar kejab. Dalam sepoloh minit lepas tu doktor panggil masuk balik.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab keputusan darah Muslim tu menunjukkan Muslim demam biasa. Bukan denggi. Pastu kalau nak kata ada kuman dalam darah tu mungkin tak.

Keputusan darah Muslim.


Kami bersyukur sangat.

"Doktor, kalau nak ambik vaksin untuk Pneumococcal tu time dia demam macam ni boleh ke?"

Soal suami.

"Tak boleh. Tunggu lepas seminggu. Dan biasanya vaksin tu mahal. Dan kena ambik 4 kali dos. Kalau kat sini kita charge satu dos RM350. Awak try pergi klinik lain lah. Mungkin murah sikit"

"Ooooo ok."

"Ok. Kami akan bagi ubat untuk cirit birit. Pastu ubat demam ni kalau boleh kena ambik 4 jam sekali. Awak kena pantau dia dalam masa dua hari ni. Kalau suhu naik mendadak terus datang sini kita akan refer ke hospital"

Kami angguk tanda paham. Berharap sangat demam Muslim kebah lepas nie. Semalam dia tido merengek sikit. Macam serba tak kena. Tapi walaupun dia demam dia masih mampu tersenyum.

Sayang anak mama sangat sangat! ;')


So weekend ni kami tak jadi nak pergi ambik vaksin untuk Pneumococcal. Maybe lepas Muslim baik demam kami akan terus ambik vaksin tu untuk Muslim.

Doakan Muslim sembuh oke!

Selamat berpuasa semua!

9 comments:

Firdausy CiLiKku said...

selamat berpuasa..
cian nya muslim demam yer.. rajin mandikan anak bila demam untuk turunkan suhu badan. Nak beralih bulan samanih kot.. semoga cepat sembuh yer Muslim.

penyisir rambut said...

Allah3x...panas sgt dah tu..smoga cepat sembuh ye muslim...

Ahlam Miera Shafie said...

moga muslim cepat2 sembuh... comelnya dia...

Unknown said...

semoga muslim cepat sembuh seperti biasa..

aminnn....

Femmy said...

Ya Allah, comelnya Muslim

SUHAIDA said...

moga cpt sembuh syg anty ni

Ihsan Arifin said...

budak kecik kalau demam
elok bawak gi jumpa doktor.

kalau dibiar takut melarat.

UmmiAbi said...

Comeynye Muslim... Moga Allah sembuhkan Muslim...Amin..

Shi'a said...

Cian Muslim...huhu...